Sunday, January 3, 2016

SYUKUR?


Syukur yang kau harus lakukan. ๐Ÿ™Œ

Handphone Mony bergetar. Tanda notification masuk. Tangannya pantas membuka lock screen. Membuka media sosialnya. Melihat siapa yang baru update status.

"Ah, kau lagi Kat.. Kau lagi. Meluat aku. Aku tahu lah.. kau pandai. Dapat scholarship. Otak genius tahap gaban. Tak payah la nak update status sangat. " Mony mencebik. Gambar
Kat yang sedang bermain salji di Narita, Tokyo dipandang sinis.  Nafsu cemburu membuak-buak. Makin bertambah setiap hari. Hati mula bernanah. Sakit. Benci.

"Kau ni kenapa... Mony? Nina, rakan sebilik Mony menegur. Pelik melihat rakannya itu berkumat kamit dari tadi.  Seperti orang yang runsing sahaja. Sudah beberapa kali dia melihat Mony begitu. Hari ini baru dia rasa nak bertanya. Bimbang, jika Mony ada masalah.

"Tak de apa lah, Nina.  Aku...  Geram...  "

"Geram? Kenapa?  Nina menyentuh bahu Mony. Mesra.

"Aku geram dengan diri sendiri... "

Nina terus setia mendengar.

"Aku.. Tak berjaya macam kawan-kawan aku." Mona tutup muka nya dengan tangan. Dia menangis. Tersedu-sedu.  Sudah lama dia tak menangis begitu.

Nina terpinga-pinga. Kaget, Mony tiba-tiba begitu hari ini.

"Aku tengok, boleh?...  Handphone ni? "

Mony hanya membiarkan Nina mengambil handphone nya.  Tanda membenarkan.

Nina mencapai handphone di tepi Mony. Melihat apa yang dirunsingkan Mony dari tadi. Media sosial itu di scroll. Membaca apa yang membuat Mony begitu.

                                  ...

Dia terdiam. Seperti berfikir.

"Kau nak tahu tak? Takdir Tuhan tu cantik?. Cantik sangat. Sampai kita pun tak tahu apa yang Dia rancang sebenarnya. " Nina bersuara tenang.





Nina berhenti sejenak.  Memandang Mony. Melihat respon. Mony nampak tenang sikit daripada tadi. Mungkin sudah puas menangis. Seperti mendengar.

"Kadang-kadang apa yang kita nak,  tak semestinya kita dapat. Sebab,...  Kita sendiri pun tak tahu mana yang perlu dan terbaik untuk kita."

"Setiap manusia tu Tuhan dah rancang apa yang terbaik untuk hambaNya.
Dia tahu kelemahan kita,  kelebihan kita.
Memang, kadang-kadang kita rasa Dia tak adil.
Tak. Bukan tak adil. Kita je yang tak nak faham.
Kau tahu kan makna syukur?"

Mony mengangguk.

"Hmmm...  Benda ni bukan pasal kau ucap zikir Alhamdulillah je. Cakap aku bersyukur padaMu Ya Allah je."

"Syukur ni besar maknanya. Kita kena lebih faham makna dan maksudnya.
Hati kita.  Hanya kita dan Tuhan je yang tahu."

"Orang lain tak kan faham. Kita tulis lah berkarang-karang pun. Cerita lah macam mana pun sampai berbuih mulut.
Tak.
Diaorang tak kan faham.
Ini tentang Allah, Aku, Kita."

"Kita kena mintak kat Dia rasa syukur ni. Sebab kat siapa lagi kita nak mintak kalau bukan kat Dia.
Doa banyak-banyak kat Dia.  Minta petunjuk.
Dia dah tahu dah apa yang terbaik untuk kita." ๐Ÿ˜ณ
Okey?" Nina senyum.


Mony mengesat air mata yang menitis. Sedar. Rasa syukur yang selama ini dia tak lakukan. Dia lupa Pencipta Nya lebih tahu.
Mujur. Hari ini Dia sampaikan pesanan melalui Nina.
Sudah lama Dia hanyut. Hanyut dengan perasaan sendiri. Memberontak dengan apa yang dia tiada. Tanpa dia sedar.
Sedangkan sudah banyak yang Dia berikan. Dia je yang tak tahu bersyukur. Jarang.

"Emmmm....  Terima kasih Nina. Aku pun tak tahu lah kenapa dengan aku ni. Mungkin aku terlalu banyak berfikir.
Berfikir yang entah apa."
Mony senyum pada Nina.
Nina balas.

                      ..........................
 ุงุนูˆุฐุจุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุงู„ุดูŠุทุงู†  ุงู„ุฑุฌูŠู…

.
                ...ู„ุฆู† ุดูƒุฑุชู… ู„ุฃุฒูŠุฏู†ูƒู…....
....sesengguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah ni'mat kepadamu...."
(Surah Ibrahim: ayat 7)

















No comments:

Post a Comment