Saturday, January 23, 2016

RANDOM

Tap. Tap. Tap. Okey. Tak tahu nak tulis apa. Random je.
Baru-baru ni banyak berita pelik, sadis, gumbira semua ada.
First, negara yang ntah la ekonominya. Ye, saya tahu masing-masing ada pendapat. Kadang-kadang kita tak boleh terlalu outspoken.

Tapi, ini memang merunsingkan. Tppa. Gst. Isu JPA. Mahasiswa manja. Buat dua kerja. Bangun awal kalau tak nak kena tol. Hahaha. Lawak. Tak tahu lah nak gelak ke nak menangis terharu. Saya cuma harap semua ni dah okay. Nanti.

Sebab kalau saya jerit tak tentu hala pon macam la esok pagi orang atasan akan cakap "Okay, rakyat sekalian,  hal ni semua dah settle. Jangan risau. 1 Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Lagi satu, abang saya ada cakap walau macam manapun kita tetap kena hormat pemimpin. Sebab? Dia pemimpin kita. Tak suka perangai dia. Bukan dia. Macam tak kena pulak bila orang edit2 gambar diorang. Sikit-sikit untuk menyedarkan boleh lah kot? (Aku pun join gelak lepastu. Haha )

Okay.

Habis. Cerita lain. Tahniah sahabat KISAS sebab sangat cemerlang dalam keputusan STAM baru-baru ni. Ana sangat berbangga dengan antum semua. Cehh.. berana ana pulak.

Rindu sangat bila tengok korang ni masuk tv. Tak. Tak bukan rindu korang. Aku rindu background tuh. Dewan muta muta kan? (Dewan Muttaqin Al-Muthaqaffin). Panjang kan nama dia?

Rindu kat biah KISAS. Biah soleha semua tu. Bila aku jatuh, kau tegur. Kau jatuh aku.. tak tahu nak tegur cane?

Serious, budak KISAS memang baik. Aku cakap diorang eh. Bukan aku. Memang aku kagum. Cikgu-cikgu pun. Jiwa lembut. Moga cikgu semua dilimpahkan rahmat oleh Allah. Amiin. Terima kasih cikgu banyak mengajar dan mendidik saya selama saya kat KI.

Bumi tempat aku kenal Islam mendalam sikit daripada sebelum ni. Manusia... tu normal kan? Tak de yang sempurna. Sama lah macam aku.

Aku memang rindu kan kawan KI. Rindu jugak kawan sekolah menengah rendah. (SMK Seri Bentong + cikgu-cikgu yang baik hati). Rindu matrik. (Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah + cikgu-cikgu yang sempoi gilos) Sangat. Pehtu rajin dan baik hati sangat ajar kami supaya jadi manusia.
Hah! Kat kedah ni rezeki Tuhan hantar. Jumpa kawan KI. Mariah, Hannan, Pah ngan KS. Tapi lain-lain program la. Matrik( aku, mariah, ks) ngan SPC ( hannan, pah)

Hannan, Mariah,  aku Thariq. Pah ngan KS khalid. Aku sebelah katil (f4) n duduk sebaris kot kat kelas(f5) ngan Hannan. Rezeki kan?

Bangga betol. Belajar kat Kedah. Macam la jauh sangat. Hajat di hati nak pijak sawah padi. Tapi tak terpijak sampai sekarang. Belom ada rezeki lagi. Kot kot boleh masak ikan sawah padi. Sepat ronggeng. Rupa pun tak tahu cane. Tahu kat novel laa.

Boleh tak nak jadi kici semula?
Sebab duduk universiti kena pandai pandai jaga diri. Huhu. Nak terbabas ke tergolek ke nak lurus kat jalan Tuhan. Rindunyaaa.. Ya Allahhh.. *tetiba pasir macam banyak lalu.

Ustazah Khairiah cakap rindu je tak cukup. .·´¯`(>▂<)´¯`·.

Ok. Tu je lah. Assalamualaikum. Kbai.



No comments:

Post a Comment