Saturday, May 7, 2016

Lewat Fikiran Ini

Bismillah...

Banyak yang di fikiran lewat  ini. Bahkan, aku terfikir apakah betul ketentuan Tuhan ini samaada benar atau tidak malah baik untuk aku. Umi seringkali mengingatkan betapa pentingnya untuk aku memohon doa pada Tuhan.

Ya, jika kita menulusuri dunia pada hari semalam, hari ini, dan seterusnya tiadalah yang terlepas melainkan dalam aturanNya. Namun, sebagai insan yang sering lupa pasti lah keluhan itu tidak terlepas dari pada perkataan atau dari hati itu sendiri. Perasaan itu sering berbolak balik samaada aku harus patah balik atau meneruskan dengan hati yang kuat.

Terkenang kembali saat membuat pilihan adakah aku ada memikir kan yang sepatutnya atau tidak. Tuhan, jika benar ini untukku,  bantulah aku. Tiada lah upaya untuk aku meneruskan jika bukan dengan bantuan dari Engkau. Mungkin, kerana insan itu sering terleka dengan permainan dunia, maka dosa dilakukan. Oleh sebab itu, ampunkan kami. Bimbing kami. Berilah kami ilham dari seluas luas ilmuMu.

Takdir itu pasti tidak tersilap malah ada kebaikannya, pasti. Dan orang orang yang menasihati samaada dari siapapun mereka pasti itu teguran dari Mu. Ya, kami ini tidak pernah akan lepas dari pandangan dan jagaanMu. Kuatkan kami untuk meneruskan perjuangan ini. Dunia ini hanya sementara.
Semoga perjalanan kami dimudahkan dalam mencari keredhaanMu. Jadikan, tiada yang sia sia dan  terus mencari kebaikan yang sepatutnya diperolehi.

Tundukkan hati kami mencari ilmu tidak dapat tidak hanya keranaMu. Semoga keredhaan Mu terus mengiringi kami. Bantu kami, Tuhan. Aku pohon. Tunjukkan kami jalan yang benar. Kuatkan kami.

Terima kasih, Tuhan. Hanya pada Mu aku meminta.

Ya Allah,  bukakanlah ke atas kami hikmat hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, Wahai Yang  Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati kami dalam agamaMu, dalam mentaatiMu, jihad ke arah Mu,  dalam perjalanan ke arah Mu,  sensungguhnya Engkaulah sebaik baik penolong.

Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan ahli keluarganya serta para sahabat baginda.

Amiin Ya Rabbal Alamiin.


No comments:

Post a Comment