Saturday, May 7, 2016

Lewat Fikiran Ini

Bismillah...

Banyak yang di fikiran lewat  ini. Bahkan, aku terfikir apakah betul ketentuan Tuhan ini samaada benar atau tidak malah baik untuk aku. Umi seringkali mengingatkan betapa pentingnya untuk aku memohon doa pada Tuhan.

Ya, jika kita menulusuri dunia pada hari semalam, hari ini, dan seterusnya tiadalah yang terlepas melainkan dalam aturanNya. Namun, sebagai insan yang sering lupa pasti lah keluhan itu tidak terlepas dari pada perkataan atau dari hati itu sendiri. Perasaan itu sering berbolak balik samaada aku harus patah balik atau meneruskan dengan hati yang kuat.

Terkenang kembali saat membuat pilihan adakah aku ada memikir kan yang sepatutnya atau tidak. Tuhan, jika benar ini untukku,  bantulah aku. Tiada lah upaya untuk aku meneruskan jika bukan dengan bantuan dari Engkau. Mungkin, kerana insan itu sering terleka dengan permainan dunia, maka dosa dilakukan. Oleh sebab itu, ampunkan kami. Bimbing kami. Berilah kami ilham dari seluas luas ilmuMu.

Takdir itu pasti tidak tersilap malah ada kebaikannya, pasti. Dan orang orang yang menasihati samaada dari siapapun mereka pasti itu teguran dari Mu. Ya, kami ini tidak pernah akan lepas dari pandangan dan jagaanMu. Kuatkan kami untuk meneruskan perjuangan ini. Dunia ini hanya sementara.
Semoga perjalanan kami dimudahkan dalam mencari keredhaanMu. Jadikan, tiada yang sia sia dan  terus mencari kebaikan yang sepatutnya diperolehi.

Tundukkan hati kami mencari ilmu tidak dapat tidak hanya keranaMu. Semoga keredhaan Mu terus mengiringi kami. Bantu kami, Tuhan. Aku pohon. Tunjukkan kami jalan yang benar. Kuatkan kami.

Terima kasih, Tuhan. Hanya pada Mu aku meminta.

Ya Allah,  bukakanlah ke atas kami hikmat hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, Wahai Yang  Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati kami dalam agamaMu, dalam mentaatiMu, jihad ke arah Mu,  dalam perjalanan ke arah Mu,  sensungguhnya Engkaulah sebaik baik penolong.

Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan ahli keluarganya serta para sahabat baginda.

Amiin Ya Rabbal Alamiin.


Saturday, January 23, 2016

RANDOM

Tap. Tap. Tap. Okey. Tak tahu nak tulis apa. Random je.
Baru-baru ni banyak berita pelik, sadis, gumbira semua ada.
First, negara yang ntah la ekonominya. Ye, saya tahu masing-masing ada pendapat. Kadang-kadang kita tak boleh terlalu outspoken.

Tapi, ini memang merunsingkan. Tppa. Gst. Isu JPA. Mahasiswa manja. Buat dua kerja. Bangun awal kalau tak nak kena tol. Hahaha. Lawak. Tak tahu lah nak gelak ke nak menangis terharu. Saya cuma harap semua ni dah okay. Nanti.

Sebab kalau saya jerit tak tentu hala pon macam la esok pagi orang atasan akan cakap "Okay, rakyat sekalian,  hal ni semua dah settle. Jangan risau. 1 Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Lagi satu, abang saya ada cakap walau macam manapun kita tetap kena hormat pemimpin. Sebab? Dia pemimpin kita. Tak suka perangai dia. Bukan dia. Macam tak kena pulak bila orang edit2 gambar diorang. Sikit-sikit untuk menyedarkan boleh lah kot? (Aku pun join gelak lepastu. Haha )

Okay.

Habis. Cerita lain. Tahniah sahabat KISAS sebab sangat cemerlang dalam keputusan STAM baru-baru ni. Ana sangat berbangga dengan antum semua. Cehh.. berana ana pulak.

Rindu sangat bila tengok korang ni masuk tv. Tak. Tak bukan rindu korang. Aku rindu background tuh. Dewan muta muta kan? (Dewan Muttaqin Al-Muthaqaffin). Panjang kan nama dia?

Rindu kat biah KISAS. Biah soleha semua tu. Bila aku jatuh, kau tegur. Kau jatuh aku.. tak tahu nak tegur cane?

Serious, budak KISAS memang baik. Aku cakap diorang eh. Bukan aku. Memang aku kagum. Cikgu-cikgu pun. Jiwa lembut. Moga cikgu semua dilimpahkan rahmat oleh Allah. Amiin. Terima kasih cikgu banyak mengajar dan mendidik saya selama saya kat KI.

Bumi tempat aku kenal Islam mendalam sikit daripada sebelum ni. Manusia... tu normal kan? Tak de yang sempurna. Sama lah macam aku.

Aku memang rindu kan kawan KI. Rindu jugak kawan sekolah menengah rendah. (SMK Seri Bentong + cikgu-cikgu yang baik hati). Rindu matrik. (Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah + cikgu-cikgu yang sempoi gilos) Sangat. Pehtu rajin dan baik hati sangat ajar kami supaya jadi manusia.
Hah! Kat kedah ni rezeki Tuhan hantar. Jumpa kawan KI. Mariah, Hannan, Pah ngan KS. Tapi lain-lain program la. Matrik( aku, mariah, ks) ngan SPC ( hannan, pah)

Hannan, Mariah,  aku Thariq. Pah ngan KS khalid. Aku sebelah katil (f4) n duduk sebaris kot kat kelas(f5) ngan Hannan. Rezeki kan?

Bangga betol. Belajar kat Kedah. Macam la jauh sangat. Hajat di hati nak pijak sawah padi. Tapi tak terpijak sampai sekarang. Belom ada rezeki lagi. Kot kot boleh masak ikan sawah padi. Sepat ronggeng. Rupa pun tak tahu cane. Tahu kat novel laa.

Boleh tak nak jadi kici semula?
Sebab duduk universiti kena pandai pandai jaga diri. Huhu. Nak terbabas ke tergolek ke nak lurus kat jalan Tuhan. Rindunyaaa.. Ya Allahhh.. *tetiba pasir macam banyak lalu.

Ustazah Khairiah cakap rindu je tak cukup. .·´¯`(>▂<)´¯`·.

Ok. Tu je lah. Assalamualaikum. Kbai.



Sunday, January 3, 2016

SYUKUR?


Syukur yang kau harus lakukan. 🙌

Handphone Mony bergetar. Tanda notification masuk. Tangannya pantas membuka lock screen. Membuka media sosialnya. Melihat siapa yang baru update status.

"Ah, kau lagi Kat.. Kau lagi. Meluat aku. Aku tahu lah.. kau pandai. Dapat scholarship. Otak genius tahap gaban. Tak payah la nak update status sangat. " Mony mencebik. Gambar
Kat yang sedang bermain salji di Narita, Tokyo dipandang sinis.  Nafsu cemburu membuak-buak. Makin bertambah setiap hari. Hati mula bernanah. Sakit. Benci.

"Kau ni kenapa... Mony? Nina, rakan sebilik Mony menegur. Pelik melihat rakannya itu berkumat kamit dari tadi.  Seperti orang yang runsing sahaja. Sudah beberapa kali dia melihat Mony begitu. Hari ini baru dia rasa nak bertanya. Bimbang, jika Mony ada masalah.

"Tak de apa lah, Nina.  Aku...  Geram...  "

"Geram? Kenapa?  Nina menyentuh bahu Mony. Mesra.

"Aku geram dengan diri sendiri... "

Nina terus setia mendengar.

"Aku.. Tak berjaya macam kawan-kawan aku." Mona tutup muka nya dengan tangan. Dia menangis. Tersedu-sedu.  Sudah lama dia tak menangis begitu.

Nina terpinga-pinga. Kaget, Mony tiba-tiba begitu hari ini.

"Aku tengok, boleh?...  Handphone ni? "

Mony hanya membiarkan Nina mengambil handphone nya.  Tanda membenarkan.

Nina mencapai handphone di tepi Mony. Melihat apa yang dirunsingkan Mony dari tadi. Media sosial itu di scroll. Membaca apa yang membuat Mony begitu.

                                  ...

Dia terdiam. Seperti berfikir.

"Kau nak tahu tak? Takdir Tuhan tu cantik?. Cantik sangat. Sampai kita pun tak tahu apa yang Dia rancang sebenarnya. " Nina bersuara tenang.





Nina berhenti sejenak.  Memandang Mony. Melihat respon. Mony nampak tenang sikit daripada tadi. Mungkin sudah puas menangis. Seperti mendengar.

"Kadang-kadang apa yang kita nak,  tak semestinya kita dapat. Sebab,...  Kita sendiri pun tak tahu mana yang perlu dan terbaik untuk kita."

"Setiap manusia tu Tuhan dah rancang apa yang terbaik untuk hambaNya.
Dia tahu kelemahan kita,  kelebihan kita.
Memang, kadang-kadang kita rasa Dia tak adil.
Tak. Bukan tak adil. Kita je yang tak nak faham.
Kau tahu kan makna syukur?"

Mony mengangguk.

"Hmmm...  Benda ni bukan pasal kau ucap zikir Alhamdulillah je. Cakap aku bersyukur padaMu Ya Allah je."

"Syukur ni besar maknanya. Kita kena lebih faham makna dan maksudnya.
Hati kita.  Hanya kita dan Tuhan je yang tahu."

"Orang lain tak kan faham. Kita tulis lah berkarang-karang pun. Cerita lah macam mana pun sampai berbuih mulut.
Tak.
Diaorang tak kan faham.
Ini tentang Allah, Aku, Kita."

"Kita kena mintak kat Dia rasa syukur ni. Sebab kat siapa lagi kita nak mintak kalau bukan kat Dia.
Doa banyak-banyak kat Dia.  Minta petunjuk.
Dia dah tahu dah apa yang terbaik untuk kita." 😳
Okey?" Nina senyum.


Mony mengesat air mata yang menitis. Sedar. Rasa syukur yang selama ini dia tak lakukan. Dia lupa Pencipta Nya lebih tahu.
Mujur. Hari ini Dia sampaikan pesanan melalui Nina.
Sudah lama Dia hanyut. Hanyut dengan perasaan sendiri. Memberontak dengan apa yang dia tiada. Tanpa dia sedar.
Sedangkan sudah banyak yang Dia berikan. Dia je yang tak tahu bersyukur. Jarang.

"Emmmm....  Terima kasih Nina. Aku pun tak tahu lah kenapa dengan aku ni. Mungkin aku terlalu banyak berfikir.
Berfikir yang entah apa."
Mony senyum pada Nina.
Nina balas.

                      ..........................
 Ø§Ø¹ÙˆØ°Ø¨Ø§Ù„له من الشيطان  Ø§Ù„رجيم

.
                ...لئن شكرتم لأزيدنكم....
....sesengguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah ni'mat kepadamu...."
(Surah Ibrahim: ayat 7)

















Monday, July 6, 2015

BUDAK 4 FLAT

Pergh..pergh..pergh..

Kenapa Man?

 Kau tengok Lan tu Zack. Kau tengok.

?????

 Sem 2 ni dia 4 flat lagi lahh.

What the frog!!???

 Kau tahu tak? Aku ni kalau nak dibandingkan dengan dia. Rajin lagi aku( masuk bakul ). Bagai Albert Einstein dengan Shakespeare tahu!??? Pagi petang siang malam aku study. Hard tau takk?? Tak cukup dengan lecture, aku pergi buat study group, aku bersengkang mata lagi.. Macam-macam lah aku buat. Dua tiga pagi punnn aku tak tido lagi (bangga sekejap).
 Hebat tak aku Zack? *Angkat kening dua kali.
Panda pun terkejut tau tengok mata aku. Lebam kot. 0..o Kot- kot lahh dia ingat  aku ni sedara  jauh dia.

-__-".. Err.. Lelebih lak kau ni Man.

  Dia tu memang lah wehh..

Man dan Zack berpaling. Cuak.
Adehh,,,,  dia datang dahh. Nak ceramah lah tu. T__T. Mana nak lari ni!!! Argghhh!!

   Dia tu. Korang tengok lah. Nampak je macam tu.. Tak study. Dalam lecture, jangan cakap lah. Tidur jee.. memanjang. Aku pun rasa nak hempuk kepala dia tu. Belajar macam aku jugak. Tak de la rajin sangat. Tidur pun sama waktu je pun dengan aku. Game.?? Jangan cakap la. Setiap masa. Dah muak dah aku tengok.
   Tapi.. ada benda lain yang dia buat. Yang tak ramai pun orang sanggup nak buat. Termasuk lah aku.

Apakemende weh??!!

  Masjid kat sini. Korang tengoklah. Muka siapa je setiap hari. Setiap 5 waktu pulak tu. Hebak!!

??? Siapa?? Siapa??

   Lan lahhh. Siapa lagi.. Kalau bukan dia..

*_______________* Perghhh.

  Aku ni roommate dia. Aku dah masak dah perangai dia. Hangus dah pun.
Tepat je jam 2 pagi. Setiap hari pulak tu. +_+. Mesti dia bangun tidur. Tak study, dia qiam. Tak qiam, dia study. Kagum aku.
Ilmu pun dia tak kedekut. Tak kisah lahhh susah macam mana pun nak ajar orang tu, dia tetap nak ajar. Kalau dia tak tahu, dia tanya orang lain.

Tabeekk springg!!

   Baik gila lah dia tu. Nasib baik tak gila. >.<
Kalau bab-bab kongsi ni. Haihhh.... lagi lah. Aku rasa kalau boleh, semua orang dia nak belanja. Semua orang dia nak tolong. Asal ada orang susah jee.. dia tolong.. Dah macam Menteri Kebajikan dah. Haha.
  Haaaaa!!! Satu lagi, last but not least. Buat pengetahuan korang, Lan tu menghafaz Al-Quran. Hari-hari aku nampak dia mengulang. Tak tahu lah dah berapa juzuk. Hati dia bersih.

Man pandang Zack. Zack pandang Man. Mulut Zack dah macam Gua Tempurung. Besar betul. Nasib baik langau tak heran.

"Hebat dowh". Telepati bersambung.

 " Patut lah Lan tu pandai. Ada qiam di sebalik malam rupanya".. Man menggumam perlahan. Insaf dua saat.

"Haah lah Man. Memang patut pun lah. Rezeki dia. Orang menghafaz Al-Quran ni senang nak masuk ilmu". Zack menyahut suara Man.

Hening sekejap.

Tetiba Man bersuara kuat. "Aku berani kerat kuku jari aku yang dia confirm 104% 4flat jugak sem 3 nanti."  Siap tunjuk sepuluh jari lagi.

"Sama lah aku Man". Zack membalas. Angguk laju. Berjanji.

               ..............…......….....………

Result sem 3 keluar...
Lan 4flat lagi. @__@. Waaaaaarrrgggghh!!

Kuku diketip. Janji harus ditepati. :)=

                     ...........................

Rujuk Al-Quran:
 Surah At-thalaaq. Ayat 2-3. Muka surat 558
Surah Muhammad. Ayat 7. Muka surat 507.